Sunday, December 30, 2012

Mencintai Tak Semestinya Memiliki

Mencintai Seseorang Tak Semestinya Kita Memilikinya .

Mulut sukar untuk meluah kan tapi hati nie ada lagi perasaan sayang . Nak buat mcm mana , ini semua takdir yang harus aku lalui ,seharusnya aku harus tabah menghadapinya . Dia pergi meninggalkan aku dalam sekelip mata. Tanpa khabar berita aku rasa di buang olehnya , Ya Allah kuatkan lah hati ku ini . 
Ramai yang ingin kebahagiaan dalam perhubungan dengan pasangan masing-masing tapi aku ?? Aku dapat merasai kebahagiaan itu hanya sementara , dia yang mengajar aku apa itu erti CINTA . Aku berusaha memulihkan hubungan kita kembali. tapi sedikit peluang pon kau tak beri , kerana ego mu yang sangat tinggi . INILAH LELAKII  !! Aku pasrah , aku redha apa yang berlaku semoga kau berbahagiaa dengan wanita yang lebih sempurna dimata kau :')


"Kadang-kadang kita terpaksa merelakan pemergiaan seseorang buakn kerana kita berhenti mencintainya , tetapi sebesar apa ushamu dia tetap tidak mencintai mu "



" Cintailah seseorang itu secara diam-diam, sepert kisah cinta suci Saidatina Fatimah R.A dan Saidina Ali K.W, yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara DIAM itu sedang BERJIHAD. Berjihad menentang KEHENDAK DIRI, menundukkan NAFSU HATI "


Aku tidak mengharap untuk menjadi orang TERPENTING dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu BESAR bagiku


Aku hanya berharap suatu hari nanti jika kau MELIHATKU, kau akan tersenyum dan berkata" Dialah orang yang selalu MENYAYANGIKU "

Dia yang ISTIMEWA itu ialah dia yang sentiasa di HATI & selalu mengingati kita dalam setiap DOANYA.

Namun jangan lupa HUKUM ALAM yang menyatakan MENCINTAI tidak semestinya MEMILIKI. Maka mengertilah kita sebenarnya kepunyaan yang MAHA ESA
SINCERELY YOURS EX :NORMAZLIYANA MADZLAN

Sunday, December 2, 2012

Akhirnya kau pergi juaa :'(




Assalamualaikum readers . Hari nie rasa sedih sangat-sangat  tersangat sangat sangat dan sangat sedih :'( . Nak tahu kenapa aku sedih ? Sebab haiwan kesayangan aku Snowbell tuh mati pagi tadi lepas kitaorg semayang subuh . Snowbell kenapa pergi awal sgt ? Snowbell pon sama nak tinggalkan nana mcm DIA tinggal kan nana ? sayangggg , sorry sangat-sangat nana tak mampu nak jaga snowbell baik-baik . Nana dah buat yang terbaik nak rawat Snowbell , tapi dia pergii juga .

Kak farah tunang dak uda da janji ngn aku yang nak bg kucing ,tak sangka pulak dia bg aku kucing yang sangat-sangat comel , bulu dia putih bersih , kecik jea ,  time dia datang rumah aku dia kurus sangat-sangat ., paling istimewa kucing nie mata sebelah dia BIRU dan sebelah lagi HIJAU . Ya Allah cantiknya mata dia . EH ! timbul rasa sayang kat kucing niee , sampai petang tuh aku gadoh dengan sepupu aku berebut kan si Snowbell tuh , lantak dgn kau la labu ,  akak farah da bg aku , so dia MILIK AKU . :D
K mcm excited jea ada pets kat rumah , anak-anak buah aku semua suka snowbell tuh , nak-nak danish , aku , ayah dan mak berebut-berebut nak bg nama kat kucing tuh , lastly aku jerit kuat-kuat yang aku nak namakan dia snowbell , dr ayah ngn mak bg nama bukan-bukan , baikaku yang bg , so ayah ngn mak pon tak membantah , haha :D malam pertama dia kat rumah , dia tidur dengan aku , alahaaiiiiii kcecomelan  sangat terserlah .....

Ayah dah beli semua kelengkapan kucing , termasok lah makanan diaa , actually aku tak pernah tengok ayah sayang kan haiwan mcm niee , haha *terharu kejup . Snowbell jenis yang active , semua nak panjat semua dia nak gigit , semua dia nak mengesel-gesel , kadang-kadang rambut aku pon dia buat main , menyirap pulak aku , tapi ada satu aku tak boleh blah ngn snowbell niee bila dia panjat pokok dia tak reti turun langsong , sampai kan menjerit meowwwwwwww suruh org turun kan kau . :D Teringat bila aku nak semayang , nak pergi sekolah setiap pagi snowbell mesty berak kan ? yang kene cuci aku jugak , HATI MEMANG MERUNGUT . Tapi apa boleh buat , cuci jealaa . Setiap malam kalau aku tak dapat tidur aku main dgn kau dulu kan snowbell , aku lepas kan kau , bila aku masok kau dalam sangkar kau nak keluar ,suara kau satu rumah aku bergegar , haha :D Tiba-tiba satu hari aku hilang kat rumah , aku , mak , adek-adek cr kau , tak jumpa . Selalu kau panjat atas pokok , tp aku tgk takde pon . Mak telefon ayah , ckp kau hilang ! Pasal kau aku kene marah dengan ayah , tapi sebenarnya aku risau kan kau , rupa-rupanya kau duduk atas bumbung rumah Mokteh . Selama 5 jam aku cr kau , kau baru muncul kan diri pandai kau bergurau snowbell

Snowbell arituh kau tak bermaya sgt , ayah suruh aku bawak kau pergi klinik , time tuh pija ada ,pija bawak moto aku pegang kau , ehh baik gila snowbell atas moto , kalau kucing lain da melompat kat jalan da . Sampai sana dah daftar semua , masuk bilik then doktor check kau , dia ckp kau demam suhu tinggi , *dalam hatiaku kucing pon demam ke ? doktor enjit kau , mula-mula kau diam lepas keluar je dr bilik tuh , suara kau jea kat klinik tuh , sampai aku kene cekauuu dengan kau . Bila balik rumah aku bg kau makan ubat kau sihat balik mcm seperti biasa.


Tapi tiba-tiba satu hari tuh , time aku sakit kau terus sakit , ehh kenapa dengan snowbell niee ? taknak makan semua . Dah seminggu lebih kau mcm tuh bell , aku risau kau tak makan , tak minum . kenapa sayang ? tapi yang pelik nya time aku sakit , kau terus sakit balik , kau da tak active mcm dulu . SERIUS aku rindu snowbell yg dulu .. Hari jumaat 30.11.12 ayah , aku ,dan afiq bawak kau pergi klinik balik , tp doktor ckp kau mcm da tak de harapan nak hidup , aku rasa mcm nak pelangkung kepala doktor tuh . kesian snowbell . Ayah cakap dia tak sayang kalau duit dia abes , asalkan kitaorg jaga bell sampai sembuh . Ayah sayang sangat kat bell . Ayah bukan ayah jee , along pon sama :'( . Balik je rumah aku terus bg kau ubat n makan semua , alhamdulillah kau semakin baik , tp semalam kenapa kau berperangai pelik , kau duduk atas peha aku , kau taknak masok dlm sgkar . *Dalam hati , kenapa bell niee? pelikk nyaaa ,

Rupa-rupanya semalam lah hari terakhir kau bermanja manja dgn aku , hari terakhir aku cium kau , main dgn kau , pagi tdi lepas kitaorg semua semyang subuh kau dah muntah banyak-banyak dalam sangkar , then kau da pergi selama lamanyaaaa , kau pergi tinggalkan aku , *mak yang cerita , aku tidur balik , then ira masok bilik nges-2 aku tanya kenapa , dia jawab "akak , bell dah mati :'( . Aku , subahanaAllah , terus keluar dari bilik tgk kau da keras , terus jatuh airmata aku .. Walaupun kau hanya seekor kucing , kasih sayang aku kat kau sama macam aku syg kan orang-orang yang aku sayang . Bersemadi lah dengan aman sayang ;) semoga kita berjumpa disana suatu hari nanti . Aku pasti rindu kan kau bell. :'(

comel kan dia ;)


                                                      
mata dia sebelah biru sebelah hijau

            
                                                Hari terakhir dia bermanja dengan aku :'(


      Terima kasih hadir walaupun hanya sementara dalam kehidupan kami sekeluarga . Kami sayang bell . :*
                                                        Pasti rindukan keletah kau :'(



Thursday, November 22, 2012

HAPPY BIRTHDAY MY KIDSSSSS :)

Assalamualaikum readers :) Hari ini bufday Danial , si tembam saya tuh . Umi dia cakap "nana nanti bufday danial nak sambut dengan ika sekali , tolong buat kan kuih apam pakodot tuh . Kau kan adek sedare aku yang baik " K time tuh dia cakap sebelum seminggu bufaday danial ngn ika  ;) . K time tuh tak de apa masalah yang berlaku keatas diri aku . Bajet semangat nak buat kuih apam tuh . *Excited taw . nak buat demi anak-anak buah aku yang aku sayang tuh .

Tiba lah tarikh 22.112012  iaitu bufday si Danial dan ika punya bufday semalam 21.11.2012 . Dalam hati aku Ya Allah , tak de mood langsong nak buat kuih tuh , apatah lagi nak tersenyum , tapi aku taknak hampa kan sesapa , esspecially kakak sedare aku tuh , dia banyak tolong aku , dalam nak taknak aku buat jugak , risau tak jadi kuih aku , karang jadi apam lain pulak :3 . First aku buat tuh aku taknak sorg ganggu aku kat dapur , jangan dekat dengan aku walaupumn mengintai kat sebalik pintu dapur tuh , sebab saat tuh aku memang tak kuat , tahu nak menangis jeaa  . Dalam hati aku baca doa yang Ain heidi bg aku tuh , finally ber jam- jam aku kat dapur siap jugak apam aku .

Apam tak bape pakodot .

Hahaha . Nama apam nie aku bg apam kesedihan , serius tak lawa aku buat , tak de feel langsong , tapi rasa
alhamdulillah okay :) . Demi anak-anak buah aku aku terpaksa buat FAKE SMILE , tp aku happy sementara tengok anak-ank buah aku gembira , happy birthday sayang . Maklong nana sayang kan korang even maklong selalu garang-garang ngn korang . Thanks kat kak Rozie sponsor kek recipee :) , kat mama aku yang penat mengoreng ayamm chickenchop , kat Kak Lia yang aku sygi  buat makanan yang lain-lain . thanks semua . 


                   HAPPY BIRTHDAY MAZARINA ATIKAH AND MUHAMMAD DANIAL RUSYAIDI .
Semoga Allah memberkati anak-anak buah yang aku sayangi nie , jangan nakal- nakal sayang , karang singa makan kau :3. haha :D thank buat maklong happy . And Danial terima kasih atas ciuman  kau kat maklong :* .love you <3

 Dari : Normazliyana Madzlan
Bismillahirahamanirrahim . Ya Allah kau berilah keajaiban apa yang berlaku keatas diri aku , amin

Friday, November 16, 2012

TENTANG KAMI :) 5 RJP





Assalamualaikum readers  ;)  Sehat ? I hope you allss semua sehat-sehat . Lama aku tak kunjungi blog and lama tak update , naik berhabuk dah . Ouchhimmm * bersinn* berhabuk blog niee , hahaha :D HeyHey nak citee niee pasal KELAS AKU :) . Rupa-rupanya tak lama lagi aku dan lain-lain dah nak habis sekolah ,Ya Allah tak cayee nya aku , sekejup sangAt masa berlalu , hampir 5 tahun aku kat sekolah tuh , aku menimba ilmu , bersukan , aku berperang dengan budak-budak , bergadoh macam-macam aktiviti lah aku buat sepanjang aku bersekolah dekat sana . Then pada 5.11.2012 aku kene tempuhi satu peperangan yang menentu kan masa depan aku . So sekarang aku kene tempuhi peperiksaan besar iaitu SPM .


Sebelum SPM , Guru kelas aku Puan Fadzleena Ismail cakap kat aku , “ Mazliyana , kelas awak tak nak buat jamuan kee ? " Aku : Entah lah cikgu , nanti saya tanya budak-budak kelas , lepas kitaorg bincang semua , kita jadi buat jamuan PADA 1.11.2012 , sumpah meriah weyh .. Aku suka sangat , bg aku nielah kenangan manis kitaorg satu kelas . Aku harap kenangan nie aku tak kan lupa sampai bila-bila. Time jamuan tuh aku teringat apa yang kitaorg penah buat kat cikgu, kitaorg buat cikgu semua sakit hati , kita org ta buat sketch la , ta siap homework la , and apa- apa jeala,kadang-kadang cikgu pon naik benci dekat kelas kitaorg kan? *kitaorg jadi mcm nie sebab kita org satu geng semua 1 kelas ... Aku , Pija ,Mariam , Suraya , Amirah , Elissa , Wada and Natashah . Wowwww ! Bagi aku rasa mcm aneh jeaa bila kelas semua perempuan , tapi bila kita dah satu geng Nakal kita mengalahkan budak-budak laki kan , tapi kita bukan lah jahat sangat , kadang-kadang cikgu jea tak paham kita , nak-nak Miss Tay . haha cikgu kesayangan kauorg time 4 Rjp. Bila naik form 5 kene marah lagi , adat lah tuh , then masa aku dengan Tasha tengah makan koktel , aku sebagai KETUA TINGKATAN , cakap cm nie kat cikgu “kelas , cikgu marah-marahkita , tapi sebenarnya kan , cikgu sayang sangat kat kita , dia banyak berkorban apa saja untuk kita ,” Aku pandang muka cikgu dia senyum , kan betol apa aku ckp . cikgu sayang kat kitaorg , dia guru kelas kita org yang baik . Sometime kita org tak suka dia jd singa , haha , tapi dia baik , tanpa dia maybe kita org tak lpeas kot nak buat jamuan nie.


With Hafizah and Puan Fadzleena

Alhamdulillah akhirnya jamuan berjalan dengan lancar kan ? Aku suka sangat-sangat tengok kemeriahan
jamuan kelas kita , muka semua happy go lucky , Ya Allah , bila lah aku dapat tengok lagi kemesraan , kegembiraan yang terjalin sepanjang hampir dua tahun kami berada dalam kelas 5 Rjp nie ? Tp kadang-kadang teringat bila kita bergaduh dalam satu kelas tuh :p Ya Allah perangai masing-masing mcm budak-budak. Haha :D . Btw aku nak ucapkan terima kasih kat sapa-sapa je yang bawak makanan kat sekolah tuh , terumata wada thanks your cake and KFC . Kenyang aku makan :D. Bukan aku je yang lain pon sama . Tak sabarnie tunggu cikgu potong kek , sebab tuh kek favourite aku ;)hee , try korang tengok gambar-gambar kat bawah nie.


Cikgu potong kek ;)
KFC ! YUMMYYY ;)

Wada , Pija , Aku , Mariam , Suraya .

Korang bila aku update blog nie aku menangis tahu :’( rasa sebentar lagi kita akn berpisah pulak :’( tapi kenyataan memang kita akan berpisah , kita tak boleh lepak lagi , merayau satu sekolah lagi , buat macam-macamlah , terima lah hakikat wahai nana , tapi korang jangan lah lupakan aku , jangan dah berjaya nanti jadi bodoh sombong , kau nak tengok kaki nie kat mana nanty korang buat lah :D Garang-garang aku pon aku tetap sayang korang , :*Ya Allah walaupun kami berpisah nanti kau berikanlah kami semua persahabatan yang kukuh agar persahabatan kami terjalin selama-lamanya. 
Pic with my Bff <3
Nurul amirah abu samah ;)

Dengan kawan baik dari kecil sampai sekarang <3 ~Hafizah~


Mariam ismail :)

Natashah osman :) 

Sorry gambar BFF aku yang tak de tuh , korang tak snap pic ngn aku . Tapi korang tetap dalam hati aku  .aku syg korang ,


With my classmates / BFF . 




KENANGAN KITA BERSAMA :')

SALAM PERSAHABATAN

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah , hari ini  kita bersahabat dan SELAMANYA KITA TETAP  BERSAHABAT . Jika hari esok aku tiada lagi di dunia ini , aku tetap mengharapkan persahabatan kita berkekalan hingga KESANA NANTI .
ILOVEYOUALL .
SINCERELY , NORMAZLIYANA MADZLAN .

Saturday, July 21, 2012

Alhamdulillah :)

haii guysss , sehat ? hopee korang semua sihat walafiatttt :")nie nak kongsi cerita sama u all pasal Hasil lukisan yang aku design tuhhh . Alhamdulillah , akhirnya aku dapat siap kan dalam seminggu lebih jeaa :")
rasa syukur ta terkira , da tak sangka jugak aku dapat buat baju tuh ,

Pada mulanya aku tak nak buat sketch , pasal aku bengang gila ngn cikgu RJP aku tuhh , bila aku hantar sketch dia surtuh masok dalam tong sampah , ada patot , time aku nak pergi bola baling pon dia tgk sketch aku , tp tak nak terima gak , last-2 aku ckp ngn pija , aku give up , aku tak nak buat sketch tahun nie , nak menanges rasanya .

Pelbagai dugaan yang aku tempuh time cari idea nak buat sketch niee , last-2 aku pernah buat sketch "HANTU BUNGKUS" MOTIFNYA aku nak perli cikgu , sebab aku buat begitu ialah semua sketch aku dia tak nak terima , tuh yang membe aku suruh aku antaw HANTU BUNGKUS , yang jd model nya nanty cikgu aku . k jahat kan kita org . bengang gila bapak punya pasal , keluar semua perangai kalahkan setan-2 .

Pada anggapan aku , RJP tak penting pon , even aku amik fesyen designer , hah !! aku ta minattt . pija pujuk aku semua dtg uma makcik tuh , dia boleh tolong ajar buat pola .mula-2 aku rasa malas nak pergi sebab keyakinan aku nak design n menjahit baju tuh hilang , pija sampai dtg uma aku , ajak aku pergi uma makcik tuh , lastly aku pon pergi jugak , alhamdulillah , bila aku pergi sana pintu aty aku terbuka nak buat reka cipta untuk markah SPM aku niee . makcik tuh yang ajar aku buat pola semua ,

Pda hari berikut nya , aku pikir cikgu suruh aku sambung kebaya , rupanya sudah start reka cipta ,haghhh huru hara aku di buat nya , kain n pola aku tak bawak , lastly aku dapat idea , aku jumpa makcik guard sekolah mintak , aku nak balik , amik barang cikgu da jd singa dalam bengkel ,mula-2 dia tak bg , pujuk punya pujuk dia bg gak , aku apalagi start jea moto terus balik , semua pandang , sampai kan abg sdre aku pikir aku ponteng sekolah , pufttt.... *kau pikir aku apa na ponteng-2 nie .

Sampai jea uma , aku buka kasut amik barang ,mak tanya
mak : asal balik ? sakit ke ?
nana : amik rekacipta , cikgu da jd singa ,
mak : kau keluar sekolah cikgu tahu ?
nana : tak . relex laa
mak : kau pikir tuh SEKOLAH BAPAK KAU .
nana : haha :D mana tahu satu hari nanty jd sekolah bapak along .
aku salam ibu terus balik sekolah balik , tak pernah dibuat org kan , yang penting cikgu ta bising kat aku
Aku amik masa seminggu lebih jea , patotnya boleh siap dua hari jea , tp aku kan macam siputtt . hahahah . finally , baju aku da siap hasil tangan aku sendiriii . alhamdulillah , lepas beban satu . aku orang pertama siap. tengok gambar bawah niee .



hasil rekaan baju yang aku designn , tak seksi weyh . nak tempah boleh korang tgu aku abes SPM ,



guyss look sebelah baju aku baju kawan dunia akhirat aku . NURUL HAFIZAH ROSMAN .

Pija thanks k kau bg semngat kat aku , kau yang suruh aku pergi belajar buat pola , kau buat aku sayang kau gila-2 . okayy iloveyouu .now , lepas reka cipta aku nie da siap aku nak tumpukan folio RJP n seni . doakan kejayaan kami dalam spm . INSYAALLAH , BYEE . 


#SAMPAI SINI CORETAN SAYA ,
ASSALAMUALAIKUM :')

Monday, April 16, 2012

terima kasih izinkan saya megenali awak :)

ASSALAMUALAIKUM .

heyy semua , ary nie nana nak cerita someting pasal si diee tuhh . haha :D SAPA agak-2 nyer ? biala nana jea yang tahu :) .  

Firstlyy tengok awakk time  awak game ngn sekolah saya , baru pandang sekejup , saya sudah jatuh haty , rasa macam lain macam jeaa , HAI HATI KENAPA KAU NAK MENGEDIK NIE ? tapi bila tengok kau aku tapernah rasa apayang aku rasa time tuh ,tibe-2 dengan selambar kau menegur aku dan menyakat aku menyebot nama ex aku tuhh . zzzz ... tapi ,saya happy akhirnye awak tegur saya . saya pikir saya sorg minat awak , rupanye ada jugak geng saya minat awakk .*dalam haty "nie tak boleh jadi nie , saya tetap nak kenal ngn awak " ikhlas tahu ;)

Lepas tuh saya mintak kawan awak FB awak , dea cakap awak da add saya kat fb ,  rasa macam pelik ,
balik dary game terus on lappy , tengok memg ada awak da add saya . *itu yang membuatkan saya tersenyum depan lappy . :))) . saya rasa saya berpeluang untuk mengenali awak .:) 

Berhari-2 kita berchating dekat fb , hampir semua status saya pasal awak , seriuss , lepas putus ngn ex saya , saya da mcm ta da haty nak berkenalan mana-2 lelaki , mereka suma saya anggap kawan . tp bila 1st time tengok awak saya rasa mcm saya suda angau dengan awak , gilaa kan saya , saya tak pernah rasa macam nie awak , 

Awak pernah cakap awak jenis ta serius orang nyer , tapi haty saya tetap nak kenal awak lebih dekat dan mendalam , bila awak izinkan saya mengenali awak , saya rasa happy sangat , hary-2 tersenyum :)))
rupa-2 nyer dalam diam-2 kita BANYAK PERSAMAAN . dalam diam-2 saya sudah fall inlove kat awak , walaupon saya tak nak mengaku , tapi biarlah kita betol-2 mngenali dahulu antara satu sama lain .
saya rindu kan awak :) 



#p/s:*jaga diri kat hostel tuh .
         *thanks buat saya tersenyum n thanks jugak dapat mgenali awak <3

SEKIAN SAMPAI SINI CORETAN SAYA :) 

.

Thursday, March 29, 2012

DEAR MH PUTRA ;)

heyy guy. lama gilaaa kot aku tak update blog . nieee nak cerita pasal  SIDIA . capital "MH" . hmmm . yeaa die orang yang pernahh aku sayang time aku awall formm 4 . die jugak merupakan bekas budak sekolah rendah aku :) . hmmm . lastt aku meet die time olahraga kat ssn seri kota ,. tuhh pon ta sengaja . tengok makin gemokk die . nampak sehat jea . aku pulak buat-2 tak nampak die . die yang tegur aku . ehh macam kenal . aku senyumm aja . konon buat tak tahu . okeyy aku sebenar tak  nak ingat kau lagy . :'( cukup-2 lahh kan !



okeyy pada malam selasa dalam pukul 10 lebeh tiba-2 kau kol aku . aku tak nak angkat tp tangan aku gatal pergi tekan , then kau tiba-2 cakap kenapa ta datng ? aku peik sangat tiba-2 kau cakap mcm tuhh . aku tanya balik tak dtg apa ? kau cakap hospital lah , orang excident . seriuslyy aku terkejot sangat . rasa macam kau tipu pon ada . tapi kau cakap betol-2 , rasa nak pergi tengok kau malam tuhh tp macam aku bolek pergi kan . then aku janji ngn kau lepas aku abes game netball kat mhs aku pergi melawat kau .


Rabu petang : dalam kepenatan aku bermain bola baling balik tuhh terus pergi tengok kau kat hospital putra , sumpah aku berdebar-2 sangat . then sampai jea kat bilik kau , aku rasa nak menanges tengok kau , kesian kau , then mula-2 aku agak kekok nak cakap . oleh kerana aku nie kesian tengok kau , aberborak jugak lah 
dalam haty hanya tuhan yang tahu , aku merintih tengok kau begitu . walaupon kau dan aku ta de apa-2 lagy hubungan dengan kau . cukup sekadar kawan . tapi pelik kan , perangai kau tibe-2 jea mgada-2 . apasal kau ? buang tebiat ke sakit-2 nie . lama jugak weyy dok ngn kau , naik kematu aku dalam aircond tuhh . then bila aku cakap nak balik kau mula kan , tapealah , biar MH  sorang-2 kat sini , nana pergi lah balik . hmm , bila aku duduk dengan kau , kau mula lah cerita pasal kita dulu-2 semua dah berakhir sayang :'( . kau yang nak kan . 


dalam kau sakit-2 kau nak jugak sakit kan aty aku , k fineeee aku bg kau ketam yang baik punyee . cary pasal lagy . then aku dapat call dary membe , aku angkat depan kau , kau cakap kalo nak bergayot dengan bf pon malam karang nana . sentap siakk dengan apa yang kau cakap , penat mulut aku cakap ta de bf . kau nie cemburu tak betempat , aku pulak macam kisah aku mesej-2 time aku lawat kau * sebenarnye aku nak tahu sapa . aku pon jeles ;/petang pon beranjak ke magrib , aku pon mintak diri dulu , kau siap pesan haty-2 bawak motor , and last orang USHA  Jgn layan .kau gedikk MH , suka aty aku lah . 

khamis pagy : aku text kau time aku kat sekolah , risau jugak kau ta makan ubat , then kau balas sudaaa makan , kau juga buat permintaan suruh aku pergi melawat kau lagyy , aku ada friendly bola baling dekat sekolah kau . tapi knpe lah haty aku nie mcm risau kat kau semacam , aku pon ta tahu . aku cakap aku ada game ,kau merajokk , susah nak jaga aty orang sakit kan ? last-2 aku pergi jugak . aku bukak jeaaa pintuu bilikk kau tersenyummm macam kerang busukk . dalam hati aku *gembira tengok kau tersenyuummm .
doktor dtg nak tengok tgn kau  yang lembik tuhh , kesian kau kan tahan sakit . sabar yeaaa . then doc tuhh tanya aku sapa , aku cakap membe , kau pergi cakap aku GF kau , rasa nak cepukk jeaaa muka kau .:/
aku nak balik awal sebab aku ada game . kau macam berat jea nak bg aku balik kan ?*sebenarnye aku pon tak nak balik , tp aku ada game . sorrrryyyy . biarlah kau tak tahu tentang perasaan sekarang nie . semoga kau cepat sembuhh MH , aku selaluu doakn kau ;)

#aku pasty rinduu kan kau #